Gambar Aktiviti KemoFC

Salam Pembuka Bicara

Posted by KemoFC On Thursday, December 03, 2009 2 Komentar

Assalamualaikum...


Salam pembuka bicara, alhamdulillah akhirnya berjaya juga menghasilkan blog bagi KemoFC. Sebenarnya dah lama buat blog ni tapi baru je touch up design blog ni. Guna design yang simple dan colourful bagi layout blog ni. Walaupun guna template je tapi ambil masa jugak la nak kena alter apa yang patut.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.


Apa-apa pun selamat datang ke blog rasmi KemoFC, setelah tiga tahun terbentuknya KemoFC baru muncul blognya. Harap semua ahli dapat memanfaatkan blog ini untuk mengetahui berita terkini KemoFC.