Gambar Aktiviti KemoFC

Trip Famili Mok Teh..

Posted by Along Lina On Saturday, March 27, 2010 0 Komentar

Salam...

Minggu lepas adalah minggu jalan2 Mok Teh sekeluarga....sebelum ini ke Terengganu... kemudian ke Kuala Lumpur pulak...wah berjalan sakan nampak... yer la kan, Abe Chik dah balik selepas hampir 3 bulan (rasanya tapi tak sure, kena tanya Achik....hehehehe) kije.. Out station kan... so kiranya ni kira imbuhan sepanjang ketiadaan Abe Chik la ni kan....
Tapi sebenarnya tak sempat nak jumpa dengan Mok Teh n Achik semua ( bagi Kak Long Lina n adik2nya la kan...) minggu yang sangat sibuk sebab C'Ngah pun kije, Puteh semenjak sambung Master ni pun agak2 sibuk sikit...maaf la Mok Teh yer... memang tak sempat...yang sempatnya jumpa C'Rah sebelum flight balik dia ke K. Tganu.. nanti kirim salam semua yer...


Dah jumpa tu sempat lagi makan2 di McD.... kiranya terrer la kitorang, tak sampai 1/2 jam pun makan sebab flight dia pukul 8.00... 7.30 dah kena masuk...tapi tak apala... sempat jugak la jumpa ngan C'Rah kan....Masa hantar tu, C'Lie n Dik Na ada jugak mengantar la kiranya...
Insya Allah...nanti kalau ada kelapangan kita akan jumpa la k...
Kemo Family
-Kak Long Lina-


FAMILY DAY KEMO 2010

Posted by Along Lina On Sunday, March 14, 2010 0 Komentar


Assalamualaikum KEMO...

Hari tu kita mesyuarat dan cadangkan agar famili day tahun ni buat semasa cuti sekolah bulan Jun ni kan... tetapi Kak Long Lina ada exam PTK dan C'Teh ada exam master dia.. so berdua ni tak boleh men'join'kan diri... tetapi kalau still nak teruskan tak apa... C'Teah dah cakap ok jer... on je..kalau Kak Long Lina pun dia tak kesah..... tapi kalau boleh cari la tarikh baru yg membolehkan semua pergi kan....

Itu mengenai tarikh famili day... pasal baju pulak, Kak Lah n Ngoh yang akan uruskan..jadi tak jadi famili day bulan 6 ni, baju tetap kena siapkan.... so kalau ikut mesyuarat masa kat umah Kak Lah hari tu, warna baju yang dipersetujui ialah warna hijau macam dalam gambar ni... tapi ini contoh jer la..bukan betul pun... so budgetnya dalam RM20++... Pembayaran bolehla mula dibuat kepad Bendahari KEMO, C'Teh....kepada yang ahlinya ramai tu boleh la mula2 nak kumpul duit k... sila berikan saiz baju jugak pada Kak Lah...

Tempat masih belum diputuskan lagi... kita nak buat di Kelantan atau Terengganu tahun ni...Jadi survey2 la ok nak pegi mana... make sure tempat tu ada air, contohnya pantai, air terjun atau sekurang2nya kolam renang... yerla, kita ni 'selok' nak main air... so kena la ada kan...ini Kak Long Lina amik dari internet... dekat jer, Setiu... Ayah Su yang cadangkan tempat ni sebab dia pernah kursus kat situ dan dia kata sangat menarik... tapi tak semestinya kita ke situ... cadangan jer... kalau ada cadangan boleh kemukakan k...

Bayaran pula macam biasa la kita buat, RM100 per orang yang bekerja...tapi kalau nak bagi lebih pun alhamdulillah.... lagi bagus kan...lagi banyak dana yang kita ada lagi banyak yang kita boleh buat..mana2 yang baru kije tu bolehla cuba2 contribute semana yang mampu k...

okla..setakat ini jer dulu..nanti kalau kemo ingat lagi kemo tambah semula k...


-Kak Long Lina-










Makan-makan

Posted by KemoFC On Sunday, March 14, 2010 1 Komentar

Assalamualaikum...


Kesian pulak dengan blog ni sebab kurang diberi perhatian ek. Emm bukan apa, semenjak dua menjak ni kurang aktiviti kelab. Bulan lepas ada buat makan-makan kat rumah Along Lina, Angoh dan Ateh. Ramai jugak la yang datang hari tu, tukang masak untuk hari tu adalah tukang masak jemputan Che ili dan Imah.

Makan-makan

Tarikh : 27 Februari 2010
Tempat: Shamelin Cheras
Waktu: Tengahari

Sepatutnya majlis tu untuk makan tengahari tapi semua yang datang dah dekat nak malam kiranya jadi makan malam la hari tu. Menunya adalah tomyam campur, ikan stim 3 rasa dan ayam kicap special Che ili. Siapa yang tak datang hari tu rugi la. Nak letak gambar pun tak ada ambil gambar hari tu. Kalau tak dah letak dah gambar lauk tu semua.Nak cerita panjang pun dah tak ada idea, Angoh pun tak ada masa semua orang datang sebab kerja. Tak apa la lain kali kita buat lagi.

p/s: Family day bulan enam nanti, boleh la mula simpan duit untuk yuran kelab ni (^_^).

Ditulis Oleh : Angoh